Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat rujukan utama pelajar SKMV di sekolah. PSS SMKV menyediakan kemudahan meminjam buku dan bahan bacaan lain kepada pelajar.
PSS SMKV terletak di tingkat satu Blok B. PSS SMKV menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran.
Pengawas PSS SMKV terdiri daripada pelajar pelbagai kaum dan terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi bagi pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dan sesi petang bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2.
PSS akan dibuka seawal jam 7.30 pagi. Pada waktu pagi, Pengawas PSS sesi petang akan bertugas. Setelah pembelajaran sesi pagi tamat pada jam 1.05 tengahari, Pengawas PSS sesi pagi akan mengambil alih tugas Pengawas sesi petang. Ini membolehkan PSS dibuka sepanjang sesi pembelajaran. Pelajar sesi petang boleh ke PSS untuk mengulangkaji dan mengadakan perbincangan di PSS sebelum waktu pembelajaran manakala pelajar sesi pagi boleh menyiapkan kerja rumah sebelum pulang.
No comments:
Post a Comment